Thursday, 4 June 2015

SELAMAT DATANG KE BLOG "KERETA IS CAR!"

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SELAMAT SEJAHTERA.

Sebelum meneruskan penulisan saya, sudah tentulah saya perlu memperkenalkan blog ini berkaitan dengan apa, tujuan blog ini dipos, dan semestinya siapa yang menulis blog ini (huhu). Sesiapa yang ingin berkawan pun perlu memperkenalkan diri dahulu, bukan? Haa, begitulah ceritanya di sini, sebuah muqaddimah, sebuah taaruf (pengenalan), atau mungkin juga sebuah tafahum (pemahaman), hahahaa! Ok2, gurau ajelah (tak pasal-pasal ada yang menyirap dengan aku ni.)

Baiklah, blog ini diberi nama "Kereta is Car!", iaitu sebuah blog yang mempamerkan kepada anda info-info yang berkaitan kenderaan-kenderaan di seluruh dunia, khususnya kereta dan motosikal. Disebabkan saya teramat minat tahap 'dinosaur' (gaban dah selalu orang guna, boringlah...) terhadap kereta dan motosikal, jadi saya buatlah blog ini, bagi berkongsi pengetahuan apa saja yang saya tahu berkaitan dengannya. Kenderaan-kenderaan yang saya akan poskan di dalam blog ini adalah kesemua kenderaan (tak semua lah, kot...) dari negara kita mahupun di luar negara. Mungkin dah ramai yang mempunyai blog yang menceritakan atau membuat 'review' terhadap kenderaan yang dipandu, jadi para pembaca lebih yakin dan percaya dengan pos tersebut. Tetapi blog saya ini akan menceritakan berdasarkan pemerhatian sahaja memandangkan saya sendiri pun tidak memiliki sebuah kereta, hehe...sebab saya masih lagi seorang pelajar. Saya hanya membuat review secara kasar, bermakna saya hanya cerita sedikit berkaitan luaran, dalaman, harga dan kesesuaian seseorang dengan kenderaan tersebut. Semestinya, akan diselitkan juga gambar dan video berkaitan kenderaan tersebut.

Ok, pasal siapa saya, cuma panggil saya Wakpaman, yang mana terbina dengan 2 perkataan, "wak" dan "paman". Tapi kedua-duanya membawa maksud yang sama, iaitu pakcik atau dalam Bahasa omputih uncle.

Sekian saja untuk hari ini.

Steering Kereta Ferrari 458 Italia

No comments:

Post a Comment