Seperti yang kita tahu, Mercedes-Benz merupakan sebuah syarikat automobil yang berasal dari Jerman. Syarikat ini diasaskan oleh Karl Benz dan Gottlieb Daimler (mesti pernah dengar kan?) pada tahun 1886 di Mannheim. Mercedes-Benz adalah syarikat yang tertua di dunia yang masih bertahan sehingga sekarang. Mula menjual kenderaan mereka pada tahun 1901 oleh Daimler Motoren Gesellschaft.
Baiklah, kereta yang saya pilih untuk di'review' untuk pos kali ini ialah Mercedes-Benz SLS AMG. Pintunya seperti Mercedes-Benz 300SL Gullwing iaitu bila dibuka ia naik ke atas, juga dikenali sebagai "Pintu Gullwing". Dilancarkan pada tahun 2010 di seluruh Eropah dan 2011 di Amerika Syarikat. Kereta ini adalah "pewaris" bagi menggantikan kereta sebelumnya, Mercedes-Benz SLR McLaren dan berjaya menarik perhatian seluruh dunia berbanding SLR McLaren. Perkataan 'SLS' membawa maksud "Sport Leicht Super" (Sport Light Super) dalam Bahasa Jerman. Dibina dan dipasang di Sindelfingen, Jerman.
(Kanan) Mercedes-Benz SLS AMG Coupe, (Kiri) Mercedes-Benz SLS AMG Roadster Sumber: http://milliwall.com/wp-content/uploads/2015/04/Mercedes-Benz-SLS-AMG-1-Wallpaper-HD.jpg |
Kereta ini mampu mencapai kelajuan sehingga 315 Km/j, pecutan dari 0-100 Km/j mengambil masa 3.8 saat dengan enjin M159 V8 6.3 liter (6208 cc), transmisi 7 kelajuan dual-clutch semi-automatik. Kita lihat dimensi luaran kereta ini pula. Beratnya ialah 2.78 Kg, panjangnya ialah 4638 mm, lebarnya ialah 1939 mm, tingginya pula ialah 1262 mm dan lebar tayarnya (wheelbase) ialah 2680 mm. Kita lihat pada reka bentuknya, ia adalah sebuah coupe dan juga sebuah kereta sport. Harga? Sudah tentulah ianya mahal, kerana ia dalam kategori kenderaan mewah. Tambahan pula, kenderaan yang Mercedes-Benz jual di Malaysia memang sangat mahal, kita pun hanya mampu tengok saja, haha!
Bahagian dalam SLS AMG Sumber: motortrend.com |
Sebelum menamatkan penulisan ini, saya letakkan video 'in-depth review ' tentang kereta Mercedes-Benz SLS AMG oleh Saabkyle04 di Youtube.
Sekian saja untuk kali ini.
No comments:
Post a Comment