Sekiranya anda sudah menonton "Fast & Furious 7", pasti anda akan ingat satu babak di Dubai, UAE, terdapat sebuah kereta yang tersembunyi dalam sebuah bangunan, dan mereka (Brian O'Conner & Dominic Toretto) cuba membawa keluar (dengan kata lain, nak mencuri la kiranya) sebuah kereta super. Kereta yang maksudkan adalah 'Lykan Hypersport', yang menjadi tajuk untuk pos kali ini,
Untuk pengetahuan semua, Lykan Hypersport adalah sebuah kereta yang ketiga termahal di dunia, iaitu bernilai US$3.4 juta (mahal woo), selepas Lamborghini Veneno (US$4.6 juta) dan Maybach Exelero (US$8 juta). Kereta ini hanya ada 4 sahaja, 3 daripadanya telah dijual. Lykan Hypersport merupakan penghasilan kereta sport yang terhad oleh W Motors, sebuah syarikat automotif yang berasal dari Lubnan yang diasaskan oleh Ralph R Debbas pada tahun 2012 dan ini juga merupakan supercar yang pertama dihasilkan di Timur Tengah. Pra-penghasilan kereta ini telah dilancarkan pada Februari 2013 di Qatar Motor Show.
Lykan Hypersport Sumber: http://images.thecarconnection.com/lrg/w-motors-lykan-hypersport-image-james-holm_100463466_l.jpg |
Babak dalam 'Fast & Furious 7', Brian dan Dom cuba bawa keluar supercar tersebut Sumber: http://i.ndtvimg.com/i/2015-03/lykan-hypersport-furious-7-main_678x352_41427700308.jpg |
Ralph R Debbas, pengasas Lykan Hypersport sedang memandu uji ciptaannya Sumber: http://images.thecarconnection.com/lrg/w-motors-lykan-hypersport-image-james-holm_100463471_l.jpg |
Apa yang menyebabkan harga Lykan Hypersport sampai US$3.4 juta? Ini sebabnya. Lampu hadapan kereta ini diletakkan batu permata (wow!) yang mengandungi bilah LED titanium dengan 420 berlian. Namun, pembeli boleh membuat pilihan batu permata yang lain. Patut la pun mahal, batu permata woi!
Bagaimana pula dengan prestasi kereta ini? Ini dia. Lykan Hypersport dikuasakan dengan enjin flat-six twin turbo 3.7 liter (3746 cc) daripada RUF CTR3 yang mampu menghasilkan 552 kW (740 bhp; 750 PS) dan 960 N.m (708 ib.ft) tork. Kereta ini didakwa mampu mencapai kelajuan sehingga 385 km/jam dan memecut dari 0 ke 100 km/jam dalam masa 2.8 saat sahaja. Menggunakan transmisi 6 kelajuan berturutan (sequential) atau anda boleh memilih mod automatik dengan 7 kelajuan.
Kita lihat dimensi kereta pula. Ketinggiannya ialah 1170 mm, lebarnya ialah 1944 mm, panjangnya ialah 4480 mm dan lebar tayar (wheelbase) ialah 2625 mm. Beratnya pula ialah 1380 kg.
Untuk lebih maklumat berkaitan Lykan Hypersport, bolehlah melayari laman web rasmi W Motors di sini. <<=
Memandangkan kereta ini masih baru dan pembuatannya terhad di pasaran, maka tiadalah review Lykan Hypersport secara mendalam. Walau bagaimanapun, sebelum mengakhiri penulisan ini, saya kongsikan juga video bagaimana supercar US$3.4 juta ini dihasilkan.
Sekian saja untuk kali ini.
No comments:
Post a Comment