Semua orang tahu pasal kereta ini kan? Kereta keluaran Jepun ini memang sangat menarik perhatian dari segi reka bentuknya. Kalau kita lihat kebanyakan reka bentuk kereta sport yang lain mempunyai lengkuk atau curve, tetapi kalau kita lihat Nissan GT-R, reka bentuknya agak petak macam kotak. Berdasarkan dokumentari terkenal, "National Geographic", pereka kereta ini, Shiro Nakamura mengambil inspirasi daripada anime yang dikenali sebagai "Gundam". Menurut beliau, ia menggambarkan budaya Jepun memandangkan ia (GT-R) unik kerana tidak meniru mana-mana gaya reka bentuk kereta sport oleh syarikat-syarikat Eropah.
Nissan GT-R R35 Sumber: www.banpei.net |
Gundam, yang menjadi inspirasi dalam membina Nissan GT-R Sumber: http://i162.photobucket.com/albums/t252/jerrysnemesis/Mecha/Age-2-ms.png |
Kita lihat pada reka bentuk yang terdapat pada Gundam ini banyak bentuk petak, tetapi agak cantik setelah lengkap seperti gambar di atas. Kalau anda ingin lihat video dokumentari tersebut, anda boleh lihat di sini. <<=
Nissan GT-R telah bermula pada tahun 2007 bagi reka bentuk yang kita biasa lihat sekarang yang dikenali sebagai R35, yang merupakan generasi terakhir dan 'successor' bagi model sebelumnya, Skyline GT-R, yang mana model ini tidak lagi dikeluarkan oleh Nissan.
Pada mulanya, Nissan Skyline GT-R yang menjadi tumpuan dan tarikan utama antara tahun 1969 dan 1974, dan 1989 dan 2002. Model pertama kereta sport tersebut merupakan simbolik yang menjadi bukti kepada kehebatan prestasinya sama ada di jalan raya mahupun trek lumba. Setelah reka bentuknya berevolusi tahun demi tahun, akhirnya dengan adanya R35, nama Skyline tidak lagi digunakan. Walau bagaimanapun, gelaran GODZILLA yang pernah diberikan pada model Skyline juga diberikan pada model ini oleh sebuah syarikat penerbitan motor di Australia.
Shiro Nakamura, pereka Nissan GT-R R35 Sumber: http://www.gtrblog.com/wp-content/uploads/2008/08/shiro-nakamura-540x311.jpg |
Evolusi reka bentuk Nissan GT-R Sumber: https://s3.amazonaws.com/static.carthrottle.com/workspace/uploads/memes/gtr-wall-desktop-5407391c7aa1b.jpg |
Kereta sport keluaran Nissan ini dikuasakan dengan enjin V6 VR38DETT 3.8 Liter (3800 cc) dengan dua turbocharger 530 bhp (kuasa kuda), boleh mencapai kelajuan sehingga 311 Km/jam. Tempoh masa kereta ini untuk mencapai kelajuan dari 0-100 Km/jam hanya mengambil masa 3.2 saat sahaja dengan menggunakan "Launch Control". Hebat bukan? Nama pun kereta sport, mestilah kena laju, kan?
Kita lihat pula pada luarannya. Ukuran panjangnya ialah 4656 mm, lebarnya ialah 1895 mm, tingginya pula ialah 1369 mm dan ukuran lebar tayarnya (wheelbase) ialah 2780 mm. Manakala, beratnya adalah sebanyak 1740 Kg.
Kalau anda survey di mudah.my, banyaklah orang nak jual, lagi-lagi secondhand. Tetapi harga berbeza-beza lah, ikut orang juga. Ada yang jual 300k+, 400k+, 200k+ pun ada. Jadi kesimpulannya, harga kereta ini adalah dalam lingkungan 200k ke 400k lebih kurang. Kalau anda mampu untuk memiliki kenderaan yang menarik dan unik ini, dipersilakan.
Bahagian dalam kereta Nissan GT-R R35 Sumber: motortrend.com |
Sebelum menamatkan penulisan ini, saya sertakan video review kereta Nissan GT-R secara terperinci oleh Saabkyle04. Bagi yang ada akaun Youtube, bolehlah subscribe beliau. Saya memang suka tengok video-video yang dia pos pasal kereta, sebab review dia bagus.
Sekian saja untuk hari ini.
No comments:
Post a Comment